Wednesday, June 4, 2008

KEJUTAN EMPAT JUN

Wife aku call petang tadi, ingatkan nak suruh cepat datang pick up dari tempat kerja, rupa-rupanya nak beritahu "Breaking News"...

"Pak Lah dah umum, minyak naik 78 sen, jadi RM2.70 seliter...petang tadi pukul 5 diorg meeting..."

Aku buat-buat biasa je, memang aku dah agak harga petrol akan naik, bila-bila masa je...sebagai "Hadiah Untuk Rakyat" yang mengundi Pakatan Rakyat pada Pilihan raya Ke-12 baru-baru ni.

Tapi yang buat aku terkejut sebenarnya ialah amaun ataupun jumlah kenaikan tu. Sampai 78 sen? Banyak nya? Gila ke ape Pak Lah ni? Aku cuma berkata sorang2 dalam kereta 'on the way' ke ofis wife aku.

Berani dia naikkan sampai tinggi macam tu sekali! Aku terus congak2, kalau Myvi auto aku ni sekarang 'full-tank' dah RM65, dengan harga baru ni aku akan bayar kat stesen minyak sebanyak RM92.00!!!

Itu cukup untuk aku ulang-alik perjalanan sejauh 360 km sahaja...Wow...

Pastinya dalam kepala setiap pemilik kenderaan ligat memikirkan, kenapa pemimpin No. 1 negara ni sanggup mengambil tindakan seperti ini. Yelah, memanglah pasal subsidi, nak kurangkan belanja kerajaan, tiada lagi kawalan harga, harga minyak dunia dah naik bla bla bla...but, Hey!!! Apa yang kami peduli itu semua? Hidup kami dah cukup perit dengan siri kenaikan sebelum ni sejak Mac 2006 (ingat lagi petrol hike 30 sen?)!

Bukan minyak yang kami takutkan, tapi selepas ni pastinya beribu-ribu benda lagi akan naik, akibat harga minyak baru ni. Tak payahlah aku sebutkan, semua dah maklum.

Bukankah kita NEGARA PENGELUAR MINYAK? Buat apa asyik tipu rakyat dengan membandingkan harga kita dengan Singapura, Thailand & Filipina? They don't have like what we produce!

Petronas untung beribu-ribu juta setahun, apa manfaat untuk rakyat? Yang diberi kepada negeri Terengganu atas apa yang dinamakan ROYALTI, tapi hilang lenyap entah ke mana 2-3 Billion. Tentunya dah lesap dalam poket pemimpin-pemimpin pengkhianat rakyat.

Setakat aku tulis ni, Alhamdulillah aku sempat isikan full tank kedua-dua kereta aku, tunggu tak sampai 20 minit dah selesai.

Sempat aku forward sms kat kawan-kawan sambil tunggu beratur panjang tadi;

"Oit, dah isi minyak belum? Haha...Hadiah Besar Pilihanraya Ke-12...Sayang Pak Lah!

Dan ini sebahagian yang membalas;

Teleng; "Isi aa...Murah jer sementara tgh Sale. Hahaa...B_B_ betul...Pasni ada aa lain2 nak naik..."

Sonics; "Dah sejam beratur ni. Terima Kasih kerana mengundi BN. Terimalah hadiah utama utk anda. Teruskan sokongan anda untuk kayakan kroni."

Yatie; "B_d_h ah gomen ...menyusahkan orang!"

Nazri; " Aku tghari tadi dah isi. Lori2 aku sume tak jalan esok. Pak Lah tgh gelak2 kat rumah. Dia kan tau orang dah tak suka dia."

Hadi; " B_b_ ah Pak Lah, sume jalan jem siot, byk gile kete Q kat stsen, aku yg nak blk rumah pun susah. tggu pakatan amik alih je la, Takbir!

Kimi; " Haha...sejam boh nunggu td kat stsen minyak. Mam_us la lepas ni..."

Hehe...yang kata-kata kesat terpaksa aku potong sikit2...bukan semua kawan2 aku (mostly golongan muda) yang support Pakatan Rakyat sebelum ni. Tapi dengan feedback tadi, aku yakin semua dah sakit hati dengan apa yang berlaku. Masalah lagi besar sedang menanti, iaitu siri kenaikan harga barang.

Persoalannya, apa yang kita patut buat sekarang?

No comments: