Friday, May 30, 2008

Che Det Rocks!!


Breaking news!!!

His first ever posting in the only one blog CheDet.com was on Thursday, 1st of May, 2008.

He quickly receive thousands of visitor since the day of Labor.

His resignation from Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (with terms & condition) must give big impact for people viewing his 1st time ever Blog.

And today, in less than a month, as reported by Rocky's Bru, Dr M already hits 1, 014,521. It'sthe Big M!!! A Million visitors!

What a record! Dr M just set a Malaysia's Fastest Growing Blog!

Phewww......

Wednesday, May 28, 2008

EZAM DAN BURSA MALAYSIA

Ezam masuk (rujuk) semula Umno, dan Indeks Komposit hari ini jatuh 13.66 mata (>1%) dengan majoriti saham syarikat di papan utama mengalami kemerosotan. Rujuk di sini.

Hehe...aku memang kurang fasih tentang bahasa ekonomi, cuma sekadar membuat 'random analysis'. Mungkin situasi ini normal.

Akan tetapi faktor politik memang tak dapat ditolak tepi. Paling ketara ialah kejatuhan paling teruk lebih 10% pada 9 Mac 2008 iaitu selepas "tsunami politik".

Adakah sebab si Ezam? Ataupun dengan tindakan kerajaan hendak mengkaji cadangan menjual harga petrol dan minyak diesel berbeza kepada kenderaan asing dan untuk rakyat tempatan pada mesyuaratnya Jumaat ini?

Tuesday, May 27, 2008

Kisah Tok Guru & Masjid Rusila

Sejak kecil lagi (seingat aku umur aku 4-5thn) abah selalu membawa bersama anak2 nya ke sini terutamanya pada Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha & setiap kali solat Jumaat.

Namun tidaklah hingga setiap hari memandangkan rumah kami agak jauh dari Masjid Rusila (kira-kira 20km).

Ketika kanak-kanak, biasalah bila mendengar khutbah bukannya beri perhatian sangat, tapi aku mesti mengeluh setiap kali bacaan doa sebelum solat Jumaat bermula, satu sebab ialah budak2 memang tak begitu faham doa2 yang agak laju Tok Guru baca, yang kedua ialah doa Tok Guru sangat panjang! Hingga pernah aku cuba 'setting' masa berapa minitkah doa Tok Guru, kira-kira 10 minit lamanya!
Kelakar bila teringat zaman kanak-kanak, tapi itulah kenangan. Kini doa Tok Guru amat dirindui, tambah2 lagi kehidupan aku kini di Utara, balik kampung jarang-jarang sekali. Doa Tok Guru yang berjela-jela itulah membangkitkan rasa kasih & sayang aku kepada Allah Yang Maha Besar. Dan karisma Tok Guru sebagai pendakwah & pemimpin ummah juga membuat aku kagum kepada beliau, rasa hormat dengan ilmunya, rasa bangga dengan pemimpin Islam yang sangat sukar untuk ditemui di mana-mana.

Di bawah ada diselitkan tulisan Sdr Roslan Shahir (Roslan SMS), seorang blogger yang aku sangat minati. Tulisan beliau boleh diikuti di blog http://n32.blogspot.com/.

Perihal Masjid Rusila dan kehebatan pengasasnya
Roslan Shahir Mon May 26, 08 10:56:48 am MYT

Artikel Prof Dr Mohamad Tajuddin "A tale of three mosques" dalam ruangan mingguannya "Architecture inside out" dalam The Sunday Star baru-baru ini sungguh unik dan menarik atas beberapa sebab. Profesor pensyarah senibina Universti Teknologi Malasia (UTM) ini telah membuat perbandingan antara 3 buah masjid di Malaysia dengan menggambarkan bahasa senibina yang terkandung dalam binaan masing-masing masjid. -->-->

Dan bayangkan di antara banyak-banyak masjid di Malaysia yang boleh beliau buatkan perbandingan, Profesor ini telah memilih Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra di Putrajaya dan Masjid Rusila di Marang.

Ya, siapakah yang pernah terfikir bahawa Masjid Rusila yang mana Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, memimpin kuliah pengajiannya serta tinggal pula diperkarangannya boleh menjadi bahan perbandingan, dibandingkan pula dengan dua ikon negara yang tentunya hebat dan megah itu.

Kehebatan dan kemegahan Masjid Negara dan Masjid Putra sudah tidak perlu disentuh dan dijelaskan lagi kerana ia sudah sememangnya menjadi pengetahuan umum. Tetapi Masjid Rusila, saya pasti selain daripada orang-orang PAS dan beberapa kerat daripada Umno, yang lainnya pasti tidak kenal atau tidak pernah mendengar berkenaannya.

Prof Tajuddin menulis bahawa Masjid Rusila bukanlah sebuah masjid yang telah dirancang dan direka pembinaannya, sebaliknya ia tumbuh dengan sendiri daripada sebuah bangunan asal berstrukturkan kayu kepada sebuah bangunan 4 tingkat. Tambah beliau Masjid Rusila memiliki kekuatan tersendiri dari sudut lokasi serta lanskapnya. Ia adalah sebuah masjid dan juga madrasah ilmu menempatkan para pelajar di tingkat-tingkat atasnya.

Masjid ini terletak di kawasan yang tidak berpagar dan dikelilingi oleh rumah-rumah tanpa sempadan khusus. Dan lanskapnya pula terdiri daripada pasir laut yang dibawa oleh Laut China Selatan yang sekadar 60 meter jaraknya dari masjid berkenaan.

Dan yang paling menarik dari pemerhatian Prof Tajuddin adalah apabila beliau menyebut yang Masjid Rusila ini bukan sebuah monumen simbolik (sebagaimana masjid-masjid lain) tetapi ianya sebuah pusat kegiatan masyarakat. Masjid-masjid lain tambah beliau yang seratus kali lebih mahal kosnya dari Masjid Rusila tidak mampu menjadi pusat masyarakat seperti ini.
Abdul Hadi menurut Tajuddin memiliki fahaman politik Islam yang berpegang teguh dengan tradisi sebenar agama itu.

Sebagai seorang ulamak beliau melibatkan diri di dalam PAS dengan tujuan membentuk dan melahirkan sebuah generasi yang tidak memisahkan antara agama dan dunia dalam penghidupan mereka. Kata beliau lagi mudahnya seseorang memasuki masjid ini dan berjumpa dengan pengasasnya (Haji Hadi) adalah selaras dengan amalan rendah diri Rasulullah s.a.w di dalam masjid Baginda.

Saya sendiri pertama kali menjejakkan kaki ke masjid ini sekitar tahun 1983-84 apabila berada di tahun akhir di ITM (sekarang UITM). Ketika itu Tuan Guru baru berada di penggal pertamanya sebagai Adun setelah memenangi kerusi dalam PRU ke-6 tahun 1982. Pada ketika itu lagi perkarangan masjid ini sudah dibanjiri manusia pada pagi Jumaat bagi mendengar kuliah pengajian Tuan Guru dan kemudiannya khutbah Jumaat beliau, dan kebanjiran manusia itu terus konsisten sehingga kini sebagaimana yang diakui oleh Tajuddin sendiri.

Begitulah kehebatan Masjid Rusila dan Tuan Guru. Beliau akan seboleh mungkin mengelakkan sebarang program parti pada hari Jumaat bagi memberi ruang kepadanya untuk terus memimpin pengajian dan berkhutbah di Rusila. Semasa saya pertama berada di situ kira-kira 24 tahun dahulu saya duduk mengikuti kuliah pengajian Tuan Guru dengan seorang tua yang tidak saya kenali berada di sebelah saya.

Tuan Guru ketika menyampaikan kuliah tafsirnya pagi itu sebak ketika menterjemahkan sepotong ayat, ramailah yang hadir turut sebak termasuk orang tua tadi. Apabila dia perasan yang saya memerhatikannya, lalu ia berbisik kepada saya, Tuan Guru adalah kurnia Allah kepada penduduk tempatan di Rusila. Sebagaimana Tajuddin yang mengakui kehebatan Tuan Guru, saya sendiri tidak dapat menafikan kenyataan orang tua itu.

Terbukti hari ini, pemimpin PAS dari Rusila ini telah membawa partinya dari kemenangan beliau pada tahun 1982 jauh ke hadapan. Beliau kini kekal sebagai Adun di kerusi yang sama dan malah juga sebagai ahli parlimen serta menerajui pula kemenangan partinya memegang tampuk Menteri Besar di 3 buah negeri, bersama membentuk kerajaan di 5 buah negeri dengan 83 kerusi Dun serta 23 wakil di parlimen. Sebagaimana hebatnya Masjid Ruslia begitulah hebat juga pemimpinnya dan mereka yang terus konsisten menjunjung perjuangan Islam yang suci ini.

Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar Presiden PAS.

Malu la Orang "Ganu"

Salam & Selamat Hari Selasa.........

Tak ada apa yang menarik perhatian aku bila melihat seimbas lalu tajuk2 utama akhbar mainstream hari ni. Utusan dah start "spin the hot issue" apabila menjadikan soal kedaulatan Pulau Pisang dipertaruhkan utk meningkatkan semula keyakinan rakyat selepas apa yg terjadi pada Pulau Batu Puteh.

Lanjut baca di sini.

Sudah terhantuk baru terngadah!

Tak usahlah dibicarakan lagi pasal wakil2 kita tak pandai berhujah ke, hujah lemah ke, ataupun kenapa surat dari Pemangku Sultan Johor 1953 yang digunapakai oleh Singapura utk menangkis hujah kita. Pemangku?

Meanwhile, aku tertarik dengan kenyataan Timbalan Pengarah Institut Kajian Polisi (IKP) negeri Terengganu Tuan Haji Mohamad Draman, bahawa Ahli politik Umno dari Terengganu paling lemah dalam negara!
Baca di sini. Sedar atau tidak, itulah kenyataannya. Malu lah, aku sebagai pengundi & rakyat Terengganu (walaupun 'mungkin' tak mengundi BN) tetap rasa 'pity' ataupun kesian kat pemimpin2 Umno kat sana tu..hanya tahu berebut jawatan, dan berebut harta. Lihatlah apa dah jadi pada royalti minyak a.k.a. "wang ehsan". Dan dua pemimpin yang tak mahu mengalah. Contoh pemimpin masa depan?

Baca di sini.


Apa kata orang Terengganu?

Jangan jadi macam akak ni dahla...

Alif Mim Nun Wau

Aku tak pasti sejak bila orang perasan babak ni dalam filem Allahyarham P. Ramlee, Pendekar Bujang Lapok. Mungkin dah lama, tapi sangat sinis kan?

Jenaka Lah!


Monday, May 26, 2008

HERE IN MY HOME

Salam...& Happy Monday!

I've catched up this song in my ears so many times through Mix.fm while driving, but as my English pick-up so bad i never realized that few of these singers were our Malaysian Artists. Until last weekend while watching Remaja they published this cool video.

Together, they made some campaign of Malaysian Artists for Unity.

Enjoy watching!




How come i didn't know the opening singer was Afdlin Shauki? heheh...

Saturday, May 24, 2008

IMBAS KEMBALI (4)

[6 APRIL 2007]

ENTRY INI TENTANG KERJA (LG...) LAMA & BARU...ABOUT A YEAR AGO...now I'm working @ Suria-Medik Sdn Bhd.


That's it....

Dengan berat hati aku terpaksa meninggalkan company yg bnyk berjasa pada aku selama 8 bulan di situ. walaupun tak lama sangat pun, compare to keje lama aku di JVC Electronics (2 yrs). rangkaian masalah yg berlaku pada company yg baru setahun jagung nak menapak di dunia business menyebabkan aku membuat keputusan ini. 8 bulan menanggung masalah orang, mmg aku tensen. customer pun cakap macam tu kat aku.

>>dengan khabar angin yang tak bagus datang ke telinga aku.

>>dengan management company yg lintang pukang.

>>dengan support yg lemah.

>>dengan financial back up yg almost ZERO. this is actual main problem.

>>dengan character boss yg "aduii...pening kepala aku..."

>>dgn product yg hampir semua umo tak sampai setahun jagung (mcm company gak la).

>>dengan mslh barang tak sampai, brg tak dpt nak supply, customer nak buat next order pun tak dapat...effect kat sales aku plak...

>>dengan hal2 yg macam2 lagi....

aku perlukan semua yg kontra dgn apa yg aku ckp tadi. tapi tiada di syarikat aku. i want to move on faster, and i need a fast-moving & aggressive company that can support me all the way.
tapi semua tu tiada di syarikat aku.

what can i do? resign je lah.

aku tengok muka bos aku tensen jer bila aku pass surat resignation. yg aku jangkakan, menjadi.-->bos aku tak buat counter offer. i mean, dia tak halang aku resign.

BANYAK YANG PERLU ADA UNTUK MENJALANKAN BUSINESS YG BAGUS. TAPI YANG PALING PENTING, YG AKU PERCAYA SEJAK DULU, IALAH LEADERSHIP YANG BAGUS. ITU YG AKU PERNAH BELAJAR DULU. TANPA KEPIMPINAN, SUSAH UNTUK PERFORM A GOOD BUSINESS.

kdg2 kita memang pandai menjual, buat marketing. tapi lagi hebat kalau kita dapat memindahkan (leverage) kehebatan kita tu pada org lain, i mean our sales person. maknanya sales person tu jadi mcm kita.

dan lagi hebat kalau, kita dapat mempertahankan salesperson tu, maksud aku, pekerja kita tu loyal pada kita. that's the meaning of GOOD LEADERSHIP. our salesperson respect us. respect the boss.

itu yg takde pada boss aku.

what can i say? cakap pun tak nak dengar. huh...

GOOD BYE, BOSS...SEMOGA ANDA BERJAYA DI DUNIA BUSINESS YANG SANGAT MENCABAR NI. IMPROVE YOURSELF FIRST, AND YOUR COMPANY WILL FOLLOW...INSYAALLAH.

we can still meet in the field. just in a different way....
WELCOME MY NEW COMPANY...SURIA-MEDIK!!!

IMBAS KEMBALI (3)

[23 Januari 2007]

ENTRY INI MENGENAI DIRI SENDIRI, SEDIKIT MUHASABAH UTK AKU TENTANG MASA DEPAN...

TODAY & TOMORROW

today's 24, tomorrow's 25. one year older. 7 years ago i graduated from boarding skool, thinking that i will be someone at the age of (the bold number above). but the thought seems to be slipped from its track, realized that i don't feel like a someone tomorrow. okey forget about the importance to be a someone. i have no idea how's the someone looks like. is he a respectful person? a good guy? a man with bundle of bucks inside his pocket? the most important worker in his company? i guess those were the thoughts couple of years ago. but unfortunately i don't have that NOW. this is what i think now. maybe somebody outside don't think so. should i feel regret?

if u ask the elder male or female, that u feel older now, he or she would say you are joking. and immediately you will feel younger!... but look at younger teenages nowadays, doing something that you missed to do during your time, or having/achieving some results/things which can't/never have it last time, it might makes you become older again. i've made a lot of mistakes, wrong judgements, unpopular choices & followed different paths or ways that people usually take. should i feel regret?

Now I have less than 5 years to be at the stage of my future. it's better not to think about the 'someone' thing...as it may hold my mind not to step up..rite? Motivation plays a very important role to maintain my concious mind to keep on moving on my track... it helps me to see a lot.. to see things as a challenge, not a problem. people make giant effort to accelerate the dream become reality, so am I. maybe not small like a giant, but bigger like a bapak giant? hehe...joking...

25 is the age for me to look forward and forget about the past. i want to take this opportunity to thank all my friends, my collegues & skoolmates & pals for all your supports & encouragements along my journey. it's still a long journey, dudes... time changes like speed of sounds..heheh... who knows, if God give us chance to keep breathing on His wonderful world (thanks Allah the most merciful...)suddenly we are 50's? haha...dah nak ada cucu... to my loves around me... keep loving each other, because it's the WHY we stay alive.everybody will die if no love...

Happy 25th birthday to M.E.Z... (tiba2 aku rasa dah tua laa...)

IMBAS KEMBALI (2)

[1ST FEBRUARI 2007]

CERITA TENTANG KERJA, KAWAN2 YG DATANG & PERGI, KEEP BUSY LIVING...

JANUARI 2007 dah berlalu. mcm tak sedar jer. today cuti, takde plan apa2 nak buat. gaji masuk dan keluar balik setel payment utk komitmen2 yg macam2. belanja daily makin naik (sebab tol la ni!). last month... 2 org rakan sekerja aku resign. sorang sukarela, sorang lagi dinasihatkan berhenti. apa yg dah jadi? aku pun tak faham.

kalau nak faham situasi ni, kena lah faham makna kerjaya yg diamanahkan skrg. tugas kitorg adalah membuat hal2 marketing & sales / pemasaran & jualan. nak buat tugas ni mesti ada minat. then kena ada drive a.k.a pendorong. pastu dalam diri pulak tau hala tuju nak pergi dalam bidang sales ni. & always want to learn new things, benda2 baru dalam sales especially medical line. so benda2 basic ni lah yg sometimes people like to ignore. atau maybe tak ignore, tapi take it for granted / pandang remeh.

lagi 2 bln bermakna setahun aku involve dalam bidang sales (secara conventional) ni. terlalu banyak yg aku belajar, banyak jugak mistakes yg aku dah buat, dan perbetulkan balik, dan buat lagi, dan improve lagi. heheh...normal person always commit a mistake. but dont forget to learn to correct it. the sweetest thing yg aku suka dlm bidang sales ni, ialah keupayaan untuk membina hubungan yg baik sesama "seller & buyer", maknanya aku dan customers.

tghari tadi dapat call dari Dr Ros from Klinik Perdana Melor, Kelantan. dah almost 6 bln after last aku jumpa dia, she's my previous customer in my previous company. Dr Ros still belum beli lagi machine yg aku nak jual kat dia dulu (aku belum get the order) but she called me to ask bout the machine. so dgn blurr nya aku explain psl hal ni...kesimpulan nya aku harap dia akan beli dari company lama aku tu. but i've played my role lah...buat apa yg patut so she'll get what she deserve to get. eventhough aku tak dapat apa2 pun, yalah...bukan aku keje jual machine tu lagi dah. cuma aku suka kalau dapat tolong dia.

so Eric, it's your customer now, u know what to do. that's my case, now u handle it, hope u do it the right way... & don't forget me meh...

KAWAN BARU bertambah hampir setiap hari. for the sake of your business (ohh..actually, your boss's business...) u have to admit that whether u like it or not, this is the fact. kalau ko suka environment ni, dapat kenal orang2 baru, so the future is right there. otherwise, u may not pretend to stay long in the sales business. because behind the sales, are the person. the person are you, and your customers. i like this environment...because people are the same. senang jer, we breathe the same air which is the O2...heheh...

so nadzree & adline dah blah dari company aku, tinggal aku sorang jer terkontang kanting di syarikat ni. campur bos aku laki bini, dan admin miss fiza yg pendiam. lonely again. memang boring lah takde member bleh sembang. nak harap sembang ngn bos, aduii...melekat jer ngn bini dia. sometimes we sembang psl common issues...sometimes a lot, about business. harap nadzree succeed with his new enthusiasm in oil & gas, and adline...ko menganggur la kejap eh... tu lah awal2 lagi aku dah suruh buat back up plan.

NOW FEBRUARY, still long way to go. march nanti banyak function, maybe dapat commit sikit jer lah. till then...just do it.

IMBAS KEMBALI

SEDAR TAK SEDAR, RUPA-RUPANYA AKU JUGA MEMILIKI BLOG MELALUI LAMAN NETWORK FRIENDSTER, TAPI LATELY AKU DAH JARANG 'BERKARYA' DI SITU SEMENTELAHAN KESIBUKAN YG MELANDA BULAN2 TERKINI NI...PALING TIDAK PUN AKU SELITKAN (PASTE) TULISAN DARI BLOG2 YG LAIN.

SO MULAI HARI INI AKU AKAN IMBAS KEMBALI TULISAN2 AKU DR BLOG FRIENDSTER, SEKADAR UTK REFRESH APA YG BERLAKU KPD AKU & BUMI PERMATA MALAYSIA DALAM SETAHUN DUA NI, KADANG2 AKU LUPA DARI MANA AKU DATANG, DAN PASTINYA, KEPADA DIALAH AKU KEMBALI...YA-ALLAH...

[ENTRY 18 MAC 2007]

Ohh dah lama tak mengarang melalui entry ni... so aku start blk entry "For whatever it's worth", just to talk about anything & about anybody...
March 2007, bulan ni agak bermakna bagi aku. why?
17 March 2006, last day aku di JVC Electronics, selepas almost 2 years spent time & effort menabur bakti untuk manager2 Jepun (i wonder if Mr Taniwaki, Mr Tsuboi - bos lama aku tu, still ada lg tak kat sana?)
It's so meaningful to gain knowledge & experience there, learnt how the Japs serve their job for the sake of their country (bkn Malaysia yerr...), cooperate with the R&D designers, bergaduh dgn budak2 production line, jadik secret admirer akak2 operator (uwekksss...) hahaha...layan latest DVD & "head-banging' dlm bilik kalis bunyi di QA (note: aku keje di kilang radio sbg Q.A. engineer. tau tak QA tu ape?)...especially sesapa yg tak pernah kerja kilang, yes aku pernah...well i tell you what, better don't have a dream to spend your time there, eventhough the money is good, but ehem...takde life lorr... sbb tu aku blah...cukup lah 2 thn.
march 2004 - first time aku mengundi sebagai rakyat Malaysia, semasa pilihanraya umum ke 11. sempat berkempen utk parti (tuutt..) & tlg pakcik2 kampung check diorg punya Saluran mengundi, through the database given by SPR.
eh before terlupa, kepada sesapa yg baca blog ni, dah cukup umur >21 thn, belum daftar mengundi lg, cepat2 lah pergi daftar. dah bnyk cara skrg nak daftar. secara
online bleh, secara manual bleh (pergi ke mana2 pejabat pos & cakap nak daftar mengundi). kenapa kena daftar? sebab :
1. pilihanraya umum ke 12 dah tak lama. rumours has say it. not just rumours, it's a fact.
2. bila dah daftar, dah layak mengundi.
3. bila dah layak mengundi, bleh la pi mengundi kat area msg2.
4. dan bila mengundi tu, pilih lah calon yg betul2 layak. bkn calon dari pihak yg selalu janji manis - no action, bkn calon yg parti dia galakkan politik $$$, bkn calon yg parti dia suka naikkan harga petrol, harga tol, harga barang runcit, tarif letrik, tarif air sesuka hati. sampai
teh tarik, roti canai pun dah naik skrg. dan bkn calon dari parti yg kenselkan skim pinjaman buku teks.
believe me...seronok mengundi ni. sebab kita dah menunaikan tanggungjawab sbg rakyat Malaysia. lagipun, klu tak mengundi karang, pastu bila kerajaan yg dah dipilih secara sah melalui pilihanraya ni sesuka hati naikkan lagi harga petrol & tol & sewaktu dgnnya, kita pulak nak marah2. padahal kita yg bagi peluang kat diorg. well at least tunjukkan kesedaran sivik korang lah sikit kan...bukan apa,
maklumat menunjukkan hampir 5 juta org >21 thn belum mendaftar... susah ni... 5 juta undi bnyk mana tu...dah bleh tukar kerajaan ni...hehehe... so pegi la daftar OK....
cakap bab lain plak. march 2006 juga bulan di mana aku memulakan kerjaya sebg Sales Professional. satu kerjaya "enjoy beb..." yg sangat mencabar. not all individual bleh buat kerja camni. sebab kerjaya sbg SALES PERSON bukan satu cita2 sejak kecil bg smua org. ia adalah kerjaya "batu loncatan"..hehehe...especially budak2 Melayu. well actually kerja sbg sales person adalah pemacu ekonomi negara... tanpa sales, takder duit masuk ke company. takde duit masuk - tutup la company. so terukla ekonomi kan. even broker saham juga adalah sales person. takde budak2 ni kang...jatuhla ekonomi..
ini bermakna bulan march 2007 ni aku dah setahun bergiat dlm bidang ni. pretty good. still bertahan. still making good money. but my boss la yg kaya.
a few days ago my "sifu" offer me to become his business partner. it's a overwhelming offer. an opportunity for me. since beliau belum ada kabel kuat utk enter Hospital market, & aku quite expert dlm area ni, so beliau tentulah perlukan aku utk bergerak. of course the biggest problem for me is the capital itself. but i'm more afraid of lack of knowledge & experience + networking in this field. still not enough good at that point. so what I said to him,...gimme another 6-9 months...then we shall start...
For whatever it's worth... the pursuit of happiness is a long journey...a journey to a destination which is uncertain.
but Eric said, this world belongs to those who can see POSSIBILITIES, before it become OBVIOUS.

Friday, May 23, 2008

Ahlan Wasahlan...Selamat Datang!

Selamat Sejahtera....

Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak aku menjelmakan blog yg dah lama aku rancangkan...sejak kegagalan blog dahulu (kira-kira 2 thn dulu) akibat tiada komitmen utk mengarang & terlalu sibuk dgn kerja.

Aku mmg suka membaca blog. Tentulah blog2 orang lain, terutamanya blog berkaitan politik / isu-isu semasa (minat aku sejak kecil) & blog2 tentang gadget, hiburan, bisnes etc yg berkaitan dengannya.

So kepada pembaca Bumi Permata semua anda tentu akan menjangkakan posting2 aku bakal dipenuhi dgn kandungan2 tersebut, for sure...

Aku akan menaip (cuba menaip...) dalam bahasa Melayu yg betul dan diselangi dgn English (or is it Manglish...?), sesuai dgn keadaan percakapan harian kita sekarang...

Terima Kasih kerana singgah!