Wednesday, May 28, 2008

EZAM DAN BURSA MALAYSIA

Ezam masuk (rujuk) semula Umno, dan Indeks Komposit hari ini jatuh 13.66 mata (>1%) dengan majoriti saham syarikat di papan utama mengalami kemerosotan. Rujuk di sini.

Hehe...aku memang kurang fasih tentang bahasa ekonomi, cuma sekadar membuat 'random analysis'. Mungkin situasi ini normal.

Akan tetapi faktor politik memang tak dapat ditolak tepi. Paling ketara ialah kejatuhan paling teruk lebih 10% pada 9 Mac 2008 iaitu selepas "tsunami politik".

Adakah sebab si Ezam? Ataupun dengan tindakan kerajaan hendak mengkaji cadangan menjual harga petrol dan minyak diesel berbeza kepada kenderaan asing dan untuk rakyat tempatan pada mesyuaratnya Jumaat ini?

No comments: